TIADA PENGGANTINYA

bukan laut namanya jika airnya tidak berombak...bukan cintanya jika perasaan tidak pernah terluka..bukan kekasih namaya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu-by blackforest











ketenangan di hati

ketenangan di hati
jiwa lara....

Selasa, 31 Mei 2011

kenangan di taman cinta......

KULAHIRKAN sebuah memori cinta yg terurai layu.kususun berbaris2 sedih dan sayu utk di abadikan dlm catatan sejarah cinta kita. biarlah dia nya lahir sebagai rencah hidup yg telah kita lalui dgn sendiri.dan di sini biarlah ku lahirkan rinduku buat kali terakhir.
Bersama nyanyian mlm dlm menemani hati terkulai layu,pd sebuah rindu yg kian berarak hilang oleh suratan sebuah hati,ku ambil kesempatan ini dgn iringan doa agar dirimu kini sejahtera dan gembira selalu disampingnya.sesungguhnya rinduku padamu tdk dpt di padam kan lagi,tapi apakan daya sudah suratan nasib diriku ini kerana terpaksa menanggun itu semua dlm kepayahan perjalanan usia kita.
kali ini rindu ku dtg terlalu dahsyat,jadi x payahlah kugambarkan dan kurakamkan ilustrasi rindu ku buat mu.entah mengapa situasi sebegini,aku begitu dicabar rindu.jadi,haruskah aku bertanya padamu.apakah disaat ini dikau jua merindui akan diriku dlm catatn memori cinta kita.
Tapi kukira pasti kau tdk begitu,apa dikenang barang yg hilang,entah berguna entahkan tidak,apa dikenang barang yg hilang,entah sudi entah tidak.........
aku bagaikan kumbang yg letih di dlm perjalanan ini,di panahi cahaya matahari.sesungguhnya aku ingin bertemu dgn mu tapi apakah daya ku ini.ku fikirkan kita dp menyelami erti rindu di hati masing2.......kemudian ku biarkan layar cinta ini bersama mu,agar kita dpt berlabuh di pantai bahagia.
Selama ini aku telah meletakkan seribu harapan terhadap diri mu,kukira dikau setia?.oleh itu,aku tdk pernah mempersoalkan ttg kekecewaan kerana antara kita tdk mahu menempuhinya.....aku tdk mengerti,mengapa dan kenapa cinta telah tertanam di dlm hatimu,sebenarnya kau masih mempersoalkan ttg cinta di hatiku ini.jadi lebih baik aku merestui langkah yg kau buat

Aku cuma seorang insan yg tdk menjanjikan apa2 buatmu,jadi aku rasa antara kita,cuma lembayung senja,semankin ku kejar,semankin ianya berarak jauh.aku tdk berdaya mengejarnya sampai ke malam tanpa obor di tangan.sesungguhnya kalau ku kejar aku pasti kan teraba2 dlm kepekatan malam.
Aku pohom maaf di atas segala kisah cinta kita yg terlah terpahat di catatan blog aku.sesungguhnya masa x pernah memungkiri janjinya,tapi angin bagaikan panah sakti menikam jantung batin ku ini....benar kata mu,setiap yg pahit ada manisnya.tapi bagi diri ku pahit atau manis itu,adalah penganjaran masa2 lalu yg kita telah lalui.kalau sebulat kata seiring,rasa tdk akan terjadi kepahitan hidup dalam usia ini.
Kepahitan terjadi dari tindakan insan yg telah memungkiri janji-janjinya sendiri......tapi sekali lagi mohom maaf kupinta bkn tujuanku untuk menagih janji kerana sesungguhnya aku masih punya harga diri.....
Aku terimanya dlm senyuman walaupun dlm kepayahan dan keperitan cinta kita.kukira ini lah bingkisan ku buat kali penghabisan,kerana kurasakan berdosa mengaggu orang yg sudah ada yg punya,mohom maaf andai rasa aku menyakiti hatimu...Anggaplah antara kita tidak pernah terjadi apa2.ku mahu kau menerima realiti hidup ini bahawa sesngguhnya 'CINTA ITU TIDAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN.'ku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang perkenalan dan persahabatan kita.sesungguhnya masih ada insan yg sudi bersahabat dgn diriku ini.

Andainya,kau masih punya kesempatan dan punya masa,aku ingin sekali bersua dengan mu,tapi bukan di destinasi selalu.pohom maaf diatas permintaan ku ini kerana kau sudah berpunya.kuharap kau mendapat keizinan dari nya ataupun dari kedua2 orang tua mu...sebenarnya tiada apa yang hendak ku katakan pada mu,tapi demi kedamaian hati ini dan jua demi kebahagian hidupmu.
kerana hidup ini adalah satu perjuangan dan pengorbanan.hatiku dan hatimu sesungguhnya tidak terikat dgn apa2 ikatan.jadi kesempatan yg aku ambil itu tidak sedikit pun menyakiti hati ku,kerana aku tidak terdaya untuk berbuat demikian...ku tahu hidup ku ini masih merintis dalam kegelapan masa depan ku sendiri............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan